AFX mengandungi ekstrak Aphanzomenon flos Aquae (AFA) organik yang tumbuh secara liar. Ianya mengandungi pelbagai nutrien untuk kesihatan dan mampu meningkatkan tenaga.
AFA adalah spesis cyanobacteria (alga biru- hijau) yang diproses secara komersial menjadi makanan tambahan. Ia tumbuh secara semula jadi di Tasik Klamath di Oregon Amerika Syarikat.
AFA juga mempunyai spektrum mineral semulajadi, klorofil,antioksidan dan pelbagai jenis vitamin. Dinding sel AFA yang kaya dengan protein adalah sumber terbaik glikogen, di mana ianya diperlukan oleh hati untuk penyimpanan tenaga, yang menjadikan ianya salah satu sebab pengguna merasai peningkatan tenaga selepas mengamalkan pengambilan AFX di dalam diet harian mereka.
AFA juga diketahui mengandungi molekul yang memodulasi pelbagai aspek kesihatan manusia.
Ekstrak AFA kami diproses menggunakan teknologi yang unik dengan menghilangkan dinding sel alga melalui proses bebas pelarut.
Kajian mendapati AFA bukan sahaja mampu meningkatkan kesihatan dan tenaga malah ianya juga mampu merangsang proses pembaharuan sel yang rosak di dalam tubuh manusia secara semulajadi.
AFX adalah makanan tambahan yang digunakan secara tradisional untuk kesejahteraan umum.